September 17, 2010

Pesta kerbau emas

Kebanyakan berita daripada Reuters kepada Bloomberg melaporkan pelabur-pelabur beralih kepada emas sebagai perlindungan daripada ketidaktentuan ekonomi. Ketika entri ini ditulis harga emas telah mencecah $1,275 per auns. Para penganalisis meramalkan emas akan mencecah $1,300 tidak lama lagi.



Bila pesta kerbau emas akan berakhir?
 

September 16, 2010

Emas dan inflasi

Nilai emas, dari segi barangan dan perkhidmatan yang ia boleh beli, kekal stabil untuk sekian lamanya. Pada tahun 1900, harga emas adalah $20.67/auns bersamaan dengan $525.99/auns pada tahun 2009 (mengikut kalkulator inflasi di sini). Dalam masa lima tahun sehingga akhir bulan Disember 2008, harga purata emas adalah sekitar $606. Oleh itu boleh dikatakan emas telah mengekalkan kuasa belinya selama berabad lamanya termasuk saat-saat kejutan geopolitik yang berulang. Sebaliknya, nilai sebenar kebanyakan matawang pada umumnya menurun.


September 15, 2010

Dr. M perjelas guna dinar emas

Untuk tulisan penuh Dr M, klik sini.

Dr. M perjelas guna dinar emas



KUALA LUMPUR 14 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, cadangannya mengenai penggunaan dinar emas yang dibuatnya sembilan tahun lalu adalah demi memastikan Malaysia serta negara membangun lain bebas daripada manipulasi penyangak mata wang dunia.

September 05, 2010

Antara Dinar Kelantan dan Kijang Emas

Dinar dan Dirham yang dikeluarkan kerajaan Kelantantan bukan wang sah.
Saya mengikuti dengan penuh minat isu ini. Apa yang saya tahu, emas yang digunakan oleh Dinar Kelantan ini hanya emas kelantan atau dipanggil emas 917. Emas tulen adalah emas 24 karat. Emas 917 adalah emas 22 karat atau emas dengan ketulenan 91.66% (22/24 x 100).

September 04, 2010

Gelembung emas?

Gelembung emas atau pembetulan sementara untuk naik lebih tinggi?
Dalam ekonomi, istilah gelembung atau "bubble" merujuk kepada keadaan di mana sesuatu barangan atau aset didagangkan pada harga yang lebih tinggi daripada nilai fundamentalnya. Contohnya "dgelembung dotcom" pada tahun 1995-2000 yang menyaksikan kenaikan harga saham syarikat dotcom dan "gelembung perumahan" di Amerika Syarikat pada tahun 2005-2008 yang menyaksikan kenaikan harga hartanah. Seperti buih yang membesar dan pecah akhirnya, dalam "gelembung" ini, harga saham atau hartanah akhirnya akan menjunam jatuh kepada nilai fundamentalnya.

September 03, 2010

Runtuh kepercayaan, Runtuhlah sistem

Wang kertas tidak bernilai tanpa mendapat kepercayaan orang ramai.
Kuasa ekonomi dunia iaitu Amerika Syarikat dijangka terus mengalami defisit dan hutang awam yang melonjak tinggi. Defisit kerajaan A.S. berjumlah AS$1.4 trilion. Sementara jumlah keseluruhan hutang awam kerajaan A.S. adalah AS$13 trilion atau lebih kurang 93% daripada KDNK tahunan.

September 01, 2010

Harga emas dijangka naik

Semalam harga emas untuk kontrak bulan Disember di NYMEX ditutup pada AS$1250.3 per auns. Ketika rencana ini ditulis, harga emas untuk kontrak bulan Disember telah meningkat kepada +1.2 kepada AS$1251.5 per auns. Mengikut tinjauan Bloomberg, harga emas dijangka naik setinggi AS$1500 per auns pada tahun depan.